Thursday, August 9, 2012

makayah2

aku minta maaf kalau apa yang aku taip ni akan singgung perasaan orang. aku tade niat pun. aku cume nak orang faham. kalau tak suka, jangan baca. oke?

masa aku darjah satu aku dah duduk dekat Jaybee. family aku dah pindah Jaybee. aku lupe sebab ape kitaorang pindah.

oke. masa aku sekolah tadika aku lupa nak cerita. satu hari tu, aku, mak aku dengan adeq aku pergi kota naek bas. masa ni bapak aku pergi kerja. sebab tu kitaorang pergi naek publictransport. then masa tu kitaorang jalan dekat pasar tani. mak aku pergi situ beli buah dengan rebung. dy ada cakap dy teringin nak makan rebung. aku tak taw lah dy cakap dengan aku atau sorang sorang sebab aku masa tuh bangang sikit. then masa nak balek ni, kitaorang duduk dekat terminal tunggu bas. masa tengah tunggu, adeq aku boleh tolak plastik buah. masa ni adeq aku baby lagi. so, dy tak taw ape ape kn. mak aku mintak tolong kutipkan buah epal tu masok dalam plastik. aku pun dok lah merangkak tolong kutip buah. mak aku tak boleh gerak sebab tengah dukung adeq aku. masa aku tengah kutip buah tu, aku terdengar mak aku mengucap. aku toleh kat mak aku, rupanya adeq aku jatuh kan rebung. habis pecah plastik rebung tu.masa mak aku beli rebung tu, rebung tu da dipotong dan dibungkus dalam plastik ada air garam. aku nak angkat plastik tu, mak aku cakap tak payah sebab da tak boleh makan. masa tu aku tengok muka mak aku, aku kesian pulak. mak aku diam aje. aku tak taw nape masa tu aku rasa kesian kat mak aku. aku boleh tahu yg dy menangis dalam hati.
*sekarang ni bila aku teringat aku mesti menangis sebab mak aku kempunan nak makan rebung tu.

masa kitaorang duduk Jaybee ni, kawasan rumah aku best jugak lh. walaupun jiran aku ni boleh dikatakan suka amek tahu, tapi dyorang suka sangat membantu, peramah. kalau salah satu family kat situ ada masalah takde letrik ke, rumah kena rompak, dyorang terus datang tolong apa yg patot. oke stop. mak aku ni baek sangat dengan makcik jiranjiran. kadang kadang dyorang berkampung belakang rumah berbual bual, masa sama sama. macam maca,m aktiviti dyorang buat. tapi aku kesian dekat mak ayah aku. kadang kadang ada orang tak suka dengan mak ayah aku sebab terlalu baek dengan semua orang. pastu dyorang create cerita bukan bukan pasal mak aku.
lepastu ada satu kali tu, mak aku ada bukak kedai makan. aku balek sekolah, tak ada kunci rumah. kunci rumah mak aku terbawak pergi kedai. aku mengamuk dekat depan rumah. bila mak aku balek, aku terus marah mak aku., tapi mak aku diam je. tapi aku ada perasan mata dy berair. tapi aku tak endah ja dengan mak aku. aku terus masuk bilik hempas pintu. bila aku teringat balek aku rasa bodoh sangat. aku buat mak aku nangis. bila aku teringat mesti aku menangis. then aku mesti call mak aku minta maaf. then mak aku mesti cakap mak aku dah lama maafkan aku.
dengan ayah aku pun sama. kadang kadang aku kesian dengan ayah aku. aku tak tahu nape. bila aku fikir balek, aku tade pun sumbang apa apa dekat dyorang. sampai pakcik makcik aku selalu pandang rendah dekat family aku. palink aku sedih bila mama aku cakap, mama aku pernah nampak ayah menangis dalam bilik sorang sorang fikirkan kami satu family. ayah aku tak pernah diberi peluang jadi imam bila adeq beradeq dy balek kampung. dan dalam family ayah aku, cuma ayah aku je tak pernah dapat peluank pergi umrah. ayah aku cuma fikirkan anak-anak dy yang tak pernah pun buat dy happy. jahatkan kitaorang?


satu ayat mak aku yang aku ingat dari sekolah kebangsaan sampai sekarang.
          "anak-anak mak, walau apapun orang buat dekat kita, jangan sesekali kita balas balek apa orang tuh buat. BIAR ORANG BUAT KITA JANGAN KITA BUAT ORANG." 

kadang-kadang ayah aku pun suka sebut benda sama. sebab tuh kadang kadang aku nak balas dendam ja aku mesti teringat apa yang dyorang pernah cakap dulu.

#semua orang sayangkan parents dyorang kan. so, selagi dyorang masih bersama kita, kita kena balas jasa dyorang walau macam mana cara sekalipun. sekarang bila aku fikir pasal mak ayah aku mesti aku menagis. aku fikir kalau lah ,masa boleh putar balek, aku nak buat semua orang tengok family aku dengan pandangan yang terbaek bukan sinis. aku nak buat ayah dengan mak aku sentiasa tersenyum. 

*aku taip entry ni pun aku da start menangis. aku tahu korang tak faham sangat aku tulis. berterabur. sorry. aku tak tahan da,. ;'(

pen off. salam